Tuesday, September 29, 2009

Mission Impossible Accomplished

Pagi rabu yang indah, erkkk indah ke hahahaha, tak tahu macam mana nak mulakan ayat2 permulaan di pagi ini, ok dalam beberapa entry yang lepas I ada mission impossible @ possible, and the good news is I've accomplished the mission

Selepas 2 minggu ini nanti akan I khabarkan apa mission tu yer, yang pastinya akan banyak perubahan akan berlaku selepas 2 minggu ini berlalu, jadi dalam tempoh 2 minggu ini pasti I akan sibuk menguruskan apa2 yang patut, tak kira urusan di office dan juga di rumah, I harap semua akan berjalan dengan lancar dan segala urusan akan dapat diselesaikan dengan baik

Awal pagi tadi dalam jam 4.30 pagi my brother Eric memulakan perjalanan ke Miri, hari isnin yang lepas, kami bersama2 pulang ke Sibu dan dia bermalam di sini satu hari jak sebab esok dia dah mula keja selepas bercuti selama seminggu

Semalam selepas keja, kami bertiga I, Eric dan J-mie jalan2 ke pasar, singgah di Premier Departmental Store, shopping mall yang selalu kami berdua J-mie singgah hehe, then makan2 di Singapore Chicken Rice, after makan jalan2 tengok tanglung dan last sekali ke Everwin Supermarket yang tak jauh dari tempat tinggal sebelum pulang ke rumah...

here few pics....


Picture taken at 6 pm

At night view

Picture taken at 6 pm
~ Sibu dikenali sebagai The Swan City

At night


AT EVERWIN SUPERMARKET
*
*
*
2.5L coca cola, selalunya beli yang 1.5L, yang ni gila besar hahaha...

"amoi yang itu manyak bagus dan sedap oooo, talak manis" kata salesgirl yang tengah promote minuman yogurt
Brother Eric & J-mie sibuk mencari minuman yogurt

Both happy with thier Yogurt haha...

I tak tahu macam mana rasa air ni sebab tak beli, terdapat 3 jenis perasa, harga air ni jak yang membuat I tertarik untuk membelek2 nya and the price RM0.99 cent jak ehehe


p/s: ok nak sambung keja dulu, will update soon...



Sunday, September 27, 2009

Family Barbecue

Masa I type entry ni dah pukul 1.44 a.m, tak boleh tido termasuk my younger sister Irene, kesian dia, bersungguh2 study sebab esok dia ada ujian Biologi, I sempat lagi gurau2 kat dia macam ni " ala biologi senang jak bah, suruh aku ambik ujian tu, mesti A++ hahaha and bla bla bla....", she replied me "ek eleh.... and bla bla bla"

Yer lah dulu I ni budak sastera, my sister pula budak sains, mana lah I tahu dalam bab2 subject biologi, kimia dan subject2 yang lain dalam aliran sains hahaha, I belek2 buku rujukan dia sambil membebel, nak tunjuk terer, well otak adik lebih terer dari kakak huhu...., takpe yang penting kakak maintain chomel lalalala....., apa2 pun all the best for you Irene!!!

Ok baru petang tadi sampai di Kuching, esok ada mission impossible nih, tapi belum tido lagi waktu2 macam ni, pernah terfikir juga, ada tak blogger2 yang lain ambil waktu begini untuk menatap blog, ntah2 semua dah tido dengan lena kan

Sebelah malam, kami adakan family barbecue, yang bestnya my dad goreng mihun, bersemangat dady mengoreng mihun atas permintaan anak2 beliau hehe, ok here few pics....


Me & Momo
~ muka blom mandi lalala

Toto
~ dah mengandung, tengok perut dah besar tu

Muka sombong Momo
~ bapa kepada bakal2 baby kittens dalam perut Toto ehehe...

Banana
~ I nampak pisang ni tepi dinding rumah, fresh dari kebun, so I just snap the pics

Brother Lee & mumy

Hotdog

Againnnn... hotdog

Me & my brother Eric
~ opsss.... sexy Eric ehehe, nanti dia mesti bising kalo dah terbaca entry ni and saw his picture here


p/s: almost 2 a.m now, and goshhh.... my eyes still widely open, mesti tido ni, nanti esok mata macam panda waaaaaa.... ok Zzzzzzz.....




Friday, September 25, 2009

Lantern / Moon Cake Festival

Selepas pulang dari tempat kerja, kami berdua iaitu I dengan my cousin J-mie turun ke pasar, misi untuk mencari gaun pengapit untuk J-mie, sebab bulan december yang akan datang dia akan jadi pengapit my cousin Lyn yang akan berkahwin pada 5/12/2009, yang bestnya kami telah beli sehelai gaun pengapit yang cantik, comel dan murah, only cost RM51 only, begitu teruja kami berdua hehe...

Tak sangka pula, di Pintu Gerbang Sibu sudah banyak tanglung2 yang digantung, patut lah ramai orang turun ke pasar malam ni, nak cari tempat parking pun susah tapi kami berdua amat bernasib baik dapat parking tak jauh dari lokasi ini

Rupa2 nya sambutan Lantern dan Moon Cake Festival akan diadakan pada 2-3 October 2009 akan datang, pasti akan meriah malam sambutan tu nanti, kalau I berkesempatan pada hari tersebut, akan I updatekan yer

here few pics, sorry pics blurr habis..... camera hp je lalalalala...

BEFORE LIGHT ON
*
*
*
See... macam belon yang terapung2 diudara saja rupa tanglung2 ni kan...

AFTER LIGHT ON
*
*
*
Tadaaaa.... comes and lets dance under this colorful lanterns

Sombongnya patung monyet ni hehe

Alamak tak nampak muka laaaa....
~ picture's taken by my cousin J-mie hahahaha

Selepas jalan2 cuci2 mata dan snap few pics, me and my cousin J-mie pulang, kerana lapar, dua2 makan sampai perut dah sendat hahaha, sempat lagi membeli sedikit makanan yang di jual di pasar malam yang berdekatan.....

p/s: ok so sleepy now, mau tido suda ZZzzzzzzzz......

Wednesday, September 23, 2009

Family Photo & Blogger Krisno

Pagi rabu kami sekeluarga mengambil gambar family di studio dalam Wisma Seberkas shopping mall, ini idea dari my dad, dady cakap jarang juga kami sekeluarga dapat berkumpul bersama2 dalam satu masa, jadi ambil peluang ini masa semua ahli keluarga sudah berada di Kuching, here few pics.....


AT THE STUDIO
*
*
*
My Lovely Family

Brother & Sister

The Brothers
~ Eric, Ken & Lee

Sister Irene & me
~ kakak memang kecil daripada adik hehehe,
kakak maintain chomel bole lalala....

Lepas bergambar, kami makan di Hong Kong Noddles Restaurant, tak sangka pula boleh terjumpa dengan blogger Mr. Krisno hehehe, tak sangka dapat juga I cam muka dia hihi, nice to meet you.....

HONG KONG NODDLES RESTAURANT
*
*
*
"Helpppp...I'm dying waiting for the foods lalalala"

Tak sangka dapat berjumpa dengan rakan blogger Mr. Krisno, orangnya hensem macam dalam gambar yang di post kan beliau dalam blog, nice to meet you too Krisno, and yes what a coincident, small world hehe

After makan2, I tukar baju terus keluar lagi dengan my cousin Lyn, J-mie dan Sister Irene ke Boulevard Shopping Mall, I cuci2 mata saja, tak ada shopping, temankan mereka sahaja

Jalan2 sampai penat, at last isi perut di KFC hehe


AT BOULEVARD SHOPPING MALL
*
*
*
me & lyn

J-mie & Lyn
~ oh blogger ken dan embun malam, my kazen Lyn ni memang orang yang sama hehe, dia lah phyllis Cheryln, yang dah bertunang last month, akan kawen this coming december, what a small small world heeee....



p/s: hari ini dah mula keja, so sleepy and tired huhu, will update soon k...




Tuesday, September 22, 2009

Jom Sunglasses

Semalam kami bertiga I, my cousin J-mie dan sister Irene ke The Spring Shopping Complex, sebelum tu I dah pergi ke sini untuk menonton wayang di MBO cineplex yang telah baru2 ini beroperasi, kalau terlepas entry tu sila klik sini yer

Sebelum ke sini, sebelah petang I telah keluar menemani dady dan mumy , mereka berdua merancang hendak gunting rambut di batu 7, jauh kan salon yang mereka hendak pergi, tapi salon tu tutup lah pula, at last kami ke Wisma Seberkas shopping mall, di sini lah akhirnya mereka berdua having their haircut and window shopping, lepas pulang ke rumah terus pula keluar bersama2 dengan J-mie yang sudah menunggu di rumah, kesian dia

Tujuan kali ini ke The Spring sebab J-mie hendak membeli sandal di Padini Store, jadi sambil tunggu2 J-mie memilih sandal yang hendak dibeli, sempat I belek2 sunglasses yang dijual dalam pelbagai warna dan rupa, bermacam2 yang I cuba hehehe, here few pics.....

PADINI STORE
*
*
*
In purple

In Brown

In Red

In Black

In Green

Ok I think my mum used to have this sunglasses design, I mean it almost look alike hahaha, I masih ingat lagi masa kecik2 pernah tengok mumy pakai, dulu pernah juga cuba2 pakai

In Grey I guess

In White
~ macam Paris Hilton lalala...

Model2 yang chomel kan kan heeeee...

"aku nak yang ini, yang ini, yang ini, aku nak semua!!!"
~ my cousin J-mie tengah pening pilih sandal

Me & Sister Irene

Kami setia menunggu J-mie tengah pilih2 sandal yang hendak dibeli

Sebelum pulang sempat lagi kami singgah di Secret Recipe, ingatkan nak makan Oreo Cheese Cake, tapi habis huhu, takpe lah yang pening makan cheese cake ok lah tu hehe

SECRET RECIPE
*
*
*
Sister Irene & J-mie

Dah makan pulang, pulang terus tido hehe....

p/s: dah lewat ni, nak tido dulu zzzzzzz......, tommorow ada mission possible @ impossible yang hendak dibuat, moga semua akan berjalan dengan lancar, please wish me luck ok, will update soon too.....