Sunday, August 30, 2009

Saying Goodbye & Lundu

Pagi ahad, dalam jam 7 a.m my brothers and cousin bertolak dari rumah, mereka hendak pulang ke Miri dan seterusnya ke Lawas, dalam beberapa hari ini, I sangat happy kerana semua adik-beradik ada pulang ke Kuching untuk melihat keadaan daddy, semenjak ada kerjaya masing2, amat jarang untuk kami dapat berkumpul pada waktu yang sama

MORNING AT HOME
*
*
*
Brother Eric
~ ok masa ni, I gurau2 dengan Eric, "Macho guy with a pinky bag hahaha"

Saying goodbye and vroooommmmm.... have safe journey!!!!


Dalam jam 11 pagi, kami berempat iaitu I, daddy, mummy dan sis Irene bertolak dari rumah ke Lundu atau London bak kata blogger Mr. Audio ehek, kami ke rumah tunang abang iaitu sis Herin kerana family dia ada mengadakan kenduri kesyukuran

AFTERNOON AT LUNDU
*
*
*
A gift for Sis Herin

I love all the foods *wink*wink*

masa untuk makan

Montok
Ini adalah montok, hurmmm... kalau I silap tolong betulkan yer, ini adalah salah satu makanan tradisional kaum bidayuh di Lundu, rupa montok agak sama dengan kelupis iaitu makanan tradisional kaum Lun bawang, klik sini untuk entry tentang kelupis

Bezanya, kelupis menggunakan beras pulut, manakala montok pula menggunakan beras biasa, jadi bila memakan montok ni, rasanya seperti makan nasi cuma nasi yang berbungkus dengan daun ini sedikit wangi, makan dengan kari sangat lah sedap yum yum yum....

I bertanya kepada pakcik2 yang merupakan penduduk kampung disitu " apakah nama daun yang digunakan", mereka memberitahu yang nama daun itu ialah daun minyak, manakala daddy pula cakap kaum lun bawang memanggil nama daun ini ialah daun kerukup

oh satu lagi yang unik tentang montok ini, selepas dibungkus dengan daun, montok tersebut akan dimasak dalam buluh, berbeza dengan kelupis yang dimasak secara stimkan sahaja

Kuih Tumpik, lemang, montok
~kuih tumpik juga merupakan kuih tradisional kaum bidayuh di Lundu, rasanya sedap

Sebelum pulang, sempat lagi kami terjah pokok buah mata kucing milik keluarga Sis Herin, pokoknya rendah sahaja tapi berbuah dengan lebat, tergoda mata I melihat buah2 mata kucing yang gemuk dan masak hehehe, here few pics....

Buah Mata Kucing

Sis Herin's mum & mummy

Daddy & me

Together with sis Herin
~rendahkan pokok buah mata kucing tu, tapi berbuah lebat

My Hero
~amboi bergaya sakan dengan kacamata hitam heeeee...

Peace before we go

I nak ucapkan selamat menyambut Hari Kemerdekaan kepada seluruh rakyat Malaysia, bersama2 kita bersyukur atas semua rahmat, keamanan dan kejayaan yang telah dikecapi oleh negara kita yang tercinta

p/s: next entry I update tentang Sematan pula yer......

Saturday, August 29, 2009

Getting Better

Hari ni daddy dah keluar dari hospital, happy to hear that, moga lepas ni daddy kena jaga diri dia baik2, pagi agak lewat sedikit I bangun, memandangkan dalam beberapa hari ini memang tak cukup rehat

Mood agak baik selepas melihat daddy sekarang berehat di rumah, at least senang hati lah sikit apabila I kena pulang semula ke Sibu minggu depan kena keja lepas cuti merdeka huhu

AT HOME
*
*
daddy & Sis Irene @ Bulan
~ masa snap mereka berdua, I sempat bergurau dengan mereka "why daddy look so small size than Bulan"

much better today

Petang dalam jam 2 lalu, kami ke Lundu atas urusan keluarga, kami berlima iaitu mumy, brother Lee, brother Eric, cousin Kaya and me. Dalam kereta sempat lagi I tido, bila bangun pening kepala lah pula huhu, selepas urusan keluarga selesai, kami bertolak pulang dalam jam 4 petang, masa pulang dari Lundu ke Kuching hujan lebat sepanjang jalan, seperti biasa I sambung tido lagi hehe

AT LUNDU
*
*
*
Brother Eric



me & Cousin Kaya
~ unik kan nama kazen I yang seorang ni, jauh datang dari Lawas, dia menemani my brother Lee dari Lawas, esok mereka dah nak pulang ke Miri dan ke Lawas pada hari yang berikutnya

me & momo
Sampai rumah seperti biasa, Momo akan dipeluk sepuas2 nya, seperti biasa momo mesti nak lompat untuk melarikan diri hehehe


Daddy masak tomyam malam ni, dia tahu anak2 dia amat menyukai masakan tomyam, sebab tu daddy always the best for us, errr..... kita tak buli daddy yer, dia yang nak masak tomyam, lauk2 yang lain kami yang masak heeeeee......


p/s: Malam ni nak ronda2 kat blog orang kejap lalalala....


Thursday, August 27, 2009

Latest News

Sudah masuk 2 hari daddy di hospital, keadaan daddy semakin baik, dalam jam 2.30 petang dia dipindahkan dari wad CCU ke wad bahagian mata, lega rasa dihati bila melihat daddy semakin pulih, walaupun jauh di sudut hati masih terasa sayu bila mengenangkan sakit yang dia hadapi

Menurut Doktor keadaan daddy sudah stabil sedikit pada bahagian jantung, pemeriksaan lanjut akan dilakukan beberapa hari ini sebelum daddy akan menyambungkan pembedahan matanya

YESTERDAY NIGHT AT CCU

*
*
*
2.30 p.m., daddy pindah ke wad bahagian mata

I'm happy to see daddy smiling

relatives visiting

Mumy
Semalam I tido dengan mumy, sudah begitu lama I tak tido dekat bersama2 mumy, rasa seperti kembali menjadi anak yang kecil, sebelum tido sempat lagi kami berdua bergosip hehehe, tak ada lah gurau2 yer, sebenarnya kami banyak bercakap tentang keadaan daddy, I tahu mumy dah banyak bimbang dengan kesihatan daddy, I'm just listening to her.....

Petang tadi mumy dan I pulang ke rumah sekejap, tapi sebelum tu ada singgah di Wisma Seberkas, kebetulan pula hujan lebat, jadi kami berdua lepak2 di All Joy, masa duduk makan, my mum cakap dia tahu yang sebenarnya dalam hati daddy mesti ada perasaan gemuruh, tapi daddy tabahkan hati saja

I faham sebab daddy mesti tidak mahu kami risau, masa I cakap kat mumy yang I mau nangis saja apabila melihat keadaan daddy, mata dah mula nak berair, tapi I tahan, sakitnya dada menahan sebak, I tak mahu my mum tengok me nangis hurmmmm...

AT HOSPITAL THE WHOLE DAY

I must be STRONG,
keep on SMILING,
and EAT is a must for energy =)


Di kesempatan ini, ucapan terima kasih banyak2 kepada teman2 blogger serta silent reader yang telah memberi kata2 sokongan dalam entry yang sebelumnya, sokongan dari anda semua amat dihargai, moga Tuhan sentiasa memberkati anda semua




Wednesday, August 26, 2009

Daddy Get Well Soon

Hari ini I menemani daddy ke hospital kerana dia akan menjalani pembedahan mata sebelah kanan, mula2 suasana memang ok, sehingga lah dalam jam 12 tengahari my dad masuk wad operation, for almost 2 hours I waited for my dad until I got this news from the nurse

My dad kena tahan di wad CCU, pembedahan mata pun kena half-way, tak dapat di teruskan kerana my dad mengalami masalah sukar bernafas, my dad ada masalah jantung sebelum ini, masa dengar memang I kelam kabut, Thank you buat kawan iaitu Ken yang kebetulan menjenguk I yang sedang menunggu my dad, kerana membantu dalam proses mendaftar my dad di wad CCU, TQ juga buat Ubek yang menemani I for almost 1 hour plus while waiting for my dad, I do appreciated it....

My mum datang lewat sedikit sebab pagi dia kena menduduki exam, masa tengok my dad di wad operation tu, airmata dah mau keluar, but i need to be strong, I won't let my dad and mum to see I'm crying, I know that they need my support, and I pray and keep on praying....


Masa tengah tunggu giliran, my dad tiba2 rasa mula menggeletar sebab bila2 masa saja, paras gula dalam badan daddy turun, daddy suruh I belikan sedikit makanan, gula2 dan air, jadi I yang dah nervous kelam-kabut turun ke bawah membeli makanan tersebut

Nasib baik ada seorang nurse juga yang bancuhkan milo untuk daddy, prihatin juga nurse nih...

TQ buat aunty ni @ nurse yang telah sudi membancuh secawan milo dan biskut buat daddy, masa tu daddy memang dah mula lemah

Sweets for my beloved daddy, get well soon daddy!!!!!!

daddy & me
Masa menunggu masuk ke wad, we having good time, kami bercakap2 dan ketawa bersama2, sempat lagi I usik my dad, lepas my dad panggil nurse pelatih yang ada di situ macam ni

daddy: amoi amoi.... ada plastik ka?
Me: oooo....daddy nanti kecik hati nurse tu, sebab daddy panggil dia amoi, panggil lah nurse

masa tu I saja jak gurau2 with my dad, daddy ketawa dan reply macam ni

daddy:hehehe..ya lah , kalo panggil amoi macam panggil orang yang keja di kedai kopi sajakan

kami berdua ketawa kecil, I really miss our moment daddy hurmmm....

dalam perjalanan ke wad pembedahan

Di wad CCU, bila dah rasa tenang sedikit, baru dapat snap my dad pic, mula2 tu hanya tuhan saja yang tahu macam mana perasaan I, mata memang nampak merah


Daddy get well soon...... we love you so much.....

Monday, August 24, 2009

The Mask

Hari ni nak kongsikan tentang mask muka boleh hehehe, pengunaan mask muka atau di kenali sebagai topeng muka, tapi topeng ni tak boleh dipakai untuk mengelakkan H1N1 hehehe

I suka menggunakan Garnier Whitening peel off mask with pure lemon essence, senang dipakai dan senang dibuang dari kulit, yang best mask ni, bila dah kering, mask tu tak kan koyak bila proses menanggalkan dari muka, mudah didapati di Guardian & Watson

Kalau ada masa dan waktu yang terluang boleh menggunakan mask ni, sambil menunggu mask tu kering di muka, anda boleh melakukan aktiviti2 yang lain, mudahkan

Gunakan mask.... once a week, tak perlu pakai hari2


Jadi model boleh lalalala
~ start off with clean and dry face & apply the mask

Hurmmm.... tunggu mask di muka kering
~ masa untuk berangan hahaha

Bila mask dah mula kering, senyum pun susah

slowly, peel off the mask from below

Look Scary lalalala

Almost done....

Tadaaaaa..... Finished
~Don't forget to wash your face with luke-warm water, followed by cold water & towel dry

lastly, Moisturize your skin =)

The skin should look and feel clean

Fresh Look & Feel great

Jom pakai mask, nanti dalam entry yang akan datang I kongsikan pula penggunaan mask yang lain yer....

Sebelum blogger2 yang lelaki bertanya boleh ke lelaki pakai mask, I dengan confidentnya menjawab "Lelaki pun bole pakai mask hehehe...."