Sunday, June 28, 2009

Nelson Nelson

Hari ni lambat pula I bangun, seperti biasa kalau dah hujung2 minggukan, sebab semalam rasa penat, lebih2 lagi time bendera Jepun tengah naik hahaha, Pagi2 dalam jam 11 lebih, I turun ke pasar, tujuan utama nak beli skirt yang formal, jalan2 sampai penat akhirnya I dah berjaya beli skirt yang di inginkan
Lepas tu, I cuci2 mata sambil tunggu my friend Mama Sony datang, happy sangat2 bila Mama Sony bawa her baby boy Nelson Junior, lama tak tengok dia dah, mula2 we plan mau ke Wisma Sanyan, hujan turun dengan lebat lah pula, jadi kami lepak2 lah dalam Mcd di Premier Departmental Store, ada few pics di bawah

Mama Sony & Nelson

Caaakkkkk....
umur Nelson sekarang dah masuk 1 tahun 3 bulan

errkk.... berkerut muka nelson makan

Paling lucu masa Nelson Jr. cuba untuk memakaikan topinya sendiri hahaha.... tengok lah gelagat dan juga hasil usaha dia memakaikan topi sendiri
*
*
*
*
Please dont laugh....im trying yah yah yah....

hasilnya....hahaha, walaupun kena pakai macam tu, topi tu tak jatuh2 dari kepala nelson


Lepas makan di Mcd, bawa Nelson bermain dengan kereta muzik, buat dia perasan sikit yang dia terer bawa kereta hahaha..., nak ambik lesen L
*
*
*
*
kuek..kuek..kuek

keta rocket woossshhhhh...

vrooommm....vrooomm.. go go my red car

Dah puas Nelson bermain, dalam jam 2 lebih kami pulang, memang penat sangat2, sampai di rumah sempat lagi I terlelap setengah jam, dalam jam 4 lebih pula kena turun ke office sekejap sebab ada appoinment dengan customer, rasa malas sangat2 hari ni
Kemas2 rumah sebab ada kazen datang dari Kuching bermalam di rumah, kalau tak ada orang singgah kat rumah I ni, habis macam tongkang pecah ha ha ha......., masa I type entry ni, mereka dua dah kuar jalan2, I tak mau join sebab penat dan malas hehehe, kena siap kan keja sikit sebab kena pulang ke Kuching awal2 pagi esok, yahoooo.... pulang ke Kuching, cuti untuk 2 hari jak, tak apa janji ada melepaskan rindu di rumah untuk 2 hari hehehe....


Thursday, June 25, 2009

Wei Buka Selipar

Sabtu yang lepas I bawa my little buddy @ didi ke McDonald, dia suka main permainan budak2 dalam McD ni, hari tu tak ramai orang, jadi budak2 pun kurang juga, didi dengan pantas membuka seliparnya, ini yang uniknya didi, kalo dia nak main di sini secara automatiknya dia buka selipar, budak2 lain tak ada yang sibuk2 nak buka selipar atau kasut mereka

masa tu ada seorang budak ppuan yang comel bermain2 sorang2 jak di situ, didi yang terkenal dengan sikap penyibuk nya, cuba beramah mesra dengan budak ppuan comel itu..... perlahan2 didi mendekati budak ppuan itu, thennnn..... I terus tergelak bila...... didi dengan konfiden nya

"buka selipar...., wehhh.... buka selipar", banyak kali dia ulang2 ayat tu dalam bahasa mandarin

budak ppuan tu selamba derk jak tak menoleh ke arah didi sebab dia tak paham, macam mana lah dia nak paham sebab budak ppuan yg comel tu bangsa melayu

mesti budak ppuan tu ingat didi cakap dengan angin ha ha ha....

memang tak tahan bila tengok muka didi penuh yakin lagi suruh budak ppuan tu buka selipar, siap tunjuk2 kaki lagi hahhaha...

hurmmmm... budak2 kan tak memilih dalam berkawan, tapi bahasa jak halangan budak2 ni, seorang cakap lain, seorang cakap lain

rasa2 nya kan kalo budak ppuan yg comel tu jawab balik kat didi, macam mana lah yer, mesti tak faham sesama sendiri hahaha...

Tempat didi suka bermain

Peace Star Trek ha ha ha
(gagal dan gagal lagi)

Happy Birthday PapaRock

On this special day 25/6/2009......, I would like to......

Wish you Happy Birthday!!!..
keep on smiling
keep rockin



p/s:Di kesempatan ini juga, I mahu mengucapkan happy belated birthday buat teman2 blogger yang menyambut harijadi dalam bulan June ini iaitu caynie de @ ken, Felicia @ ahmoi chantek, Xuen Adyla, errrr.... ada lagi teman2 yang celebrate birthday bulan ini tak??, yang I ketinggalan hehe.....

Tuesday, June 23, 2009

Erk....GiGi

Hari tu kan, I bangun dari tido, ntah tak tau apa yang di fikir, atau adakah masih di alam mimpi, wah ha ha ayat mau cover malu nih, selalunya I akan berus gigi dan mencuci muka dulu sebelum mandi

I ambik berus gigi, sebelah tangan lagi mencapai pasangan si berus gigi, lepas tu, I mula memberuskan gigi hadapan..... ,muka mula berubah

"alamak rasa apa ni"

I terus kumurkan mulut dengan air, memuntahkan semua rasa2 yang pelik dalam mulut

I pandang pasangan si berus gigi, I tepuk dahi sendiri dan ketawa dengan kuat sambil mengutuk diri sendiri...

"ko mimpi ka apa ni ivy ivy...."

rupa-rupanya kan...

I simpan pencuci muka diberus gigi...

euwwwww....patut lah rasa lain macam, masin ha ha ha...., tapi macam mana tak bole perasan aaaa... toink..toink..toink..


"iiiiii...." iklan Ubat Cap Kapak


Monday, June 22, 2009

Gula-gula Sayang

Hari ahad yang lepas, I ada tengok movie lama bertajuk "What a girl want", ada satu part dalam cerita tu amat menarik perhatian sehingga I tersenyum sendiri

si ibu berkata kepada anaknya "kamu tahukan yang ibu menyayangi kamu sebanyak gula2 kapas manis yang banyak"

si anak menjawap " ya, saya tahu dan ibu pun tahu juga kan, yang saya sayangkan ibu sebanyak gula2 coklat M & M warna merah"

ibu menjawab "ibu pun tahu..."

bla bla bla.....

kalau macam tu I sayang kan teman2 sebanyak gula2 plastik lah, jadi makan2 pun tak habis2 kan kan kan lalalalalaaaaa......

Sunday, June 21, 2009

Gawai Di Serikin

Pada 6/6/2009, kami pergi ke Serikin untuk visiting sempena hari gawai, kami semua berempat iaitu aunty, mumy, kule and me, bayangkan selepas wedding 5/6/2009 sehari sebelum tu masih lagi terasa penat, tapi semangat mahu bergawai masih kuat, lagipun dah lama juga tidak menjejakkan kaki ke serikin, Serikin ini memang dikenali ramai sebagai tempat membeli barang2 yang murah dari Indonesia, sebab tu hujung minggu di sini selalu sesak dengan kereta dan orang ramai yang datang

Hari kami pergi ke sana, sangat lah ramai orang, pasti ada dua tujuan utama, pertama datang bergawai, dan kedua datang untuk membeli-belah, tujuan kami adalah sebab yang pertama, bayangkan pertama kali pula I melihat jalan sesak ke serikin, panjang lagi tu, tengok lah pics dibawah, bayangkan dari bandar Kuching kami bertolak dalam jam 12 tgh sampai di rumah aunty dah nak dekat jam 2 lebih huhu........

Mula2 kami visiting ke rumah Betty iaitu menantu perempuan aunty, kerana kelaparan dengan tanpa segan silu, I lah orang pertama yang menuju ke meja makan hahaha, semua mereka gelak tengok gelagat I yang kelaparan, aaaaa.... I tak kesah, janji kenyang, 2 kali lagi tambah nasi hahaha.....

SUASANA DIRUMAH BETTY
*
*
*
kule & mumy
Jom makannnn.... lapar lapar lapar

aunty & me
kat tangan I siap ada sebotol biskut, I ngappppp.... semua tau

Lepas tu, kami ke rumah seorang aunty kami pula, adik bongsu mumy, uncle James kawen dengan orang sini, tapi kat rumah aunty memang I dah angkat bendera putih tak nak makan lagi sebab perut dah sendat dengan makanan dari rumah yang pertama lagi hahaha...., mata memang mengantuk sangat sempat lagi terlelap di rumah aunty sebab mumy ada jalan2 melihat barang2 yang di jual tak jauh dari situ


SUASANA DIRUMAH AUNTY
*
*
*
kami panggil my kazen ni, Boka
dia ni ada kembar perempuan tapi tak sempat pula snap pic kakak kembar dia ni

kami panggil my kazen ni, Siban

Dalam pukul 4 lebih, kami bertolak pulang ke Kuching, sepanjang perjalanan I tido saja ho ho ho, ok teman2 ini laporan terakhir sambutan gawai tahun ni yer he he he...


Friday, June 19, 2009

We Love U Daddy

Jejaka yang cool, tenang, serius, sporting, humble, lovely

Jejaka yang sentiasa seksi dimata kami

Jejaka yang sering membuat mummy tersenyum

TQ daddy for your Love to our family
no words can describe how much we love you
Happy Fathers Day
Everyday is fathers day for U Dad
We Love You always


p/s: buat teman2 blogger yang bergelar seorang bapa, yang bakal bergelar bapa, kepada semua bapa2 teman2 blogger, suami teman2 blogger dan seluruh bapa2 didunia ini, Happy Fathers Day to all of you

Thursday, June 18, 2009

A Day To Remember

Cerita dalam entry kali ni yang I nak kongsi dengan teman2 ,sebenarnya berlaku pada 7/6/2009 haha..., hari sebelum I pulang ke sibu selepas puas bercuti selama seminggu, hari ahad seperti biasa sebelah pagi kami sekeluarga ke gereja, tengahari pulang dari gereja, me, mumy and sis Irene ke Boulevard sebab sis Irene mau makan KFC, see how happy she was in the pic below hehe..., jadi I belanja my sis makan ayam KFC, kami menunggu kedatangan my friend Simon yang juga merangkap silent reader dan merupakan teman yang baik, hari ini (19/6/2009), dia akan memulakan hari pertamanya bekerja di Brunei for 3 months, so I wish you all the best Simon!!!...

Bukti I masih sudi pakai baju warna merah aaaa...., ini lah satu2 koleksi baju merah haha... ,janji tak ada kerbau sudah, erkkk.... bagi yang terlepas story punca nya I tak suka pakai warna merah, sila klik sini

Buy 1 free 2 haha... skrip tipu

Sebelah petang lepas makan KFC, Simon belanja makan ais krim di Sunny Hill, tempat ni membuat ais krim sendiri, jadi rasa memang sedap, TQ Simon sebab belanja, nanti after 3 months lepas u keja, sila belanja lagi hahaha.....

Pudding Pie

Sebelah malam sebelum pulang ke Sibu sempat lagi keluar dengan kawan lama & kawan baik I Monita @ Mon, tapi I suka panggil dia mimon hehehe, cute bah kan, Mimon seorang teman yang sangat baik, comel, funny dan best, kami jalan2 ke The Spring, cari2 makan kat sana, I makan sushi nyum nyum, after makan jalan2 cuci mata sebelum pulang, happy sangat2 kuar ngan Mimon, harap dapat kuar ramai2 dengan teman2 lama lain kali...., tiba2 rindu plak zaman masa di UiTM dulu hurmm...

Mimon & her kazen

me & mimon

Pic ni diambik masa hari gawai yang ketiga 3/6/2009, masa tu dah masuk jam 8 malam me & my kazen kule visiting rumah mimon, time2 macam ni lah ada waktu untuk bertemu dengan kawan2 lama, tiap kali perayaan gawai dan christmas memang tak pernah lupa untuk visiting mimon sebab I suka makan Kari ayam dan yang paling sedap ialah masakan daging itik.... sodapppp hehe...

Hari tu memang hari yang best, memenatkan tapi happy.... ok dah abis cerita hehe....

Wednesday, June 17, 2009

Basikal Merah Didi

Hari tu, I bawa my little buddy jalan2, aktiviti berjalan memang wajib dilakukan kalau dia ada datang ke office, melainkan I ni dah malas tahap cipan, maka takda lah aktiviti jalan2, seperti biasa I bawa dia ke tempat mainan budak2, kat situ boleh lah dia main keta yang ada muzik tu, kasi my little buddy berangan sikit yang dia terer bawa keta hahaha..., here ada few pics yang sempat I ambik, tengok betapa happy nya dia bermain....

"phewwwitttt..." my little buddy control macho bila ada awek comel kat sebelah

Lepas puas dia main, kami dua ke tingkat atas supermarket ni dan masa sampai jak ke tingkat atas, rasa2 nya kedua2 kami melihat ke arah benda yang sama, ternampak basikal warna merah dan warna pink, mula2 ada tanya kat pekerja situ, ada warna biru tapi hanya 2 warna tu jak yang ada, I tanya kat didi sama ada dia nak tak kat basikal tu tapi I tak perlu tanya pun I know that he love the red bicycle so much, kalau boleh tangan dia tak nak lepaskan basikal tu, at last, I belikan dia basikal merah, masa kami dua pulang ke office dengan basikal merah, mumy dia terkejut habis, sebab beberapa hari sebelum tu, mumy dia cakap yang my little buddy ni bangun dari tido terus cakap kat mumy dia yang dia nak basikal haha...

muka gedik didi bila dah naik basikal

ohhh.... satu lagi yang buat I ketawa jak sepanjang hari, my little buddy ni kalau buat simbol PEACE kan sangat lucu, tangan dia belum pandai lagi nak tunjuk simbol tu, see.... macam gaya star trek pun ada ha ha ha....

Peace 1 (gagal)

Peace 2 (gagal)

Peace 3
(gagal...tapi comel haha..)

"aarrrrkkk.... NO NO NO"

Rasa2 nya, banyak dalam entry2 yang sebelum ni, I selalu jak bercerita tentang dia kan, sebab I love him so much, kalau di sibu dia lah kekasih kecil & sahabat kecil, kalau I pulang ke Kuching, mesti selalu rindu kat didi...


Tuesday, June 16, 2009

Hadiah Ku Hadiah Mu

Semalam I telah menerima bungkusan yang berisi hadiah kemenangan peraduan yang telah diadakan oleh teman blogger kita, Nagaperang @ Shitsurei Shimashita, naga ni orang Jepun yang sesat sampai ke Malaysia haha, ampunnnn.... naga gurau2 jak aaaaa....., kalau tak percaya sila klik sini, bukti yang Ivy pemenang hadiah utama @ grand prize hehe, jom lihat hadiah dari Encik Naga

"Glew Tapi Waras"
mungkin ini tagline si Naga kot

*
*
*
*
tadaaaaaa...... Photo Crystal dari Naga
*
wajah Nagaperang
gembira rasa di hati bila sketch yang telah I lukiskan untuk naga telah dijadikan photo crystal ni, TQ naga untuk penghargaan ini

Pasti ada teman2 blogger dari Sarawak tahu yang sekarang nagaperang berada di Kuching, sila2 lah serang naga di sana, hari ahad ini dia akan pulang semula KL, jadi jangan lepaskan peluang untuk menyerang dan meng"bom"kan Naga hehe...., tapi sayang nya I tak dapat berjumpa dengan naga lah plak hu hu, takpe takpe lain hari, lain waktu pasti akan bertemu juga dengan naga

Cerita hari ini pula, sepanjang pagi, I tak dapat memberi sepenuh perhatian dengan keja sebab kedatangan my little buddy, seperti biasa kena layan dia bermain, kalau tak layan meraung lah dia, nasib baik tengah hari dia dah pulang ikut mumy dia hu hu, jadi seperti biasa, bila saja dia terlihat nail color yang tersimpan dalam laci, dia akan membuat permintaan yang tak boleh di tolak...., see lihat hasil nya hehe

macam tangan perempuan kan, kecil, molek, licin, gebu, putih he he

p/s: Errr.... Tq so much buat teman2 yang telah memberi komen untuk entry yang sebelum ni, I'm ok akan sentiasa ceria, mengukir senyuman buat kalian, jom senyummm semua....eh eh ehhh... sayang juga teman2 kat Ivy yer ho ho ho